Ahad, 30 Oktober 2011

Banjir Di Thailand, Penduduk Terpaksa Jual Emas Mereka

















Simpan sumber bekalan bimbang keadaan bencana alam di Thailand semakin buruk
BANGKOK: Penduduk Thailand dilaporkan mula mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menjual emas untuk ditukarkan dengan wang tunai selain menyimpan bekalan makanan dan air minuman berikutan keadaan banjir yang dilaporkan semakin buruk. 


Pelanggan di sekitar Bangkok datang ke kedai kami sama ada The Old Siam atau Wong Wian Yai untuk menjual emas. Mereka berpendapat lebih baik menyimpan wang tunai berbanding emas dalam keadaan kecemasan sekarang, kata Pengerusi MTS Gold Futures, Kritcharat Hirunyasiri yang dipetik The Bangkok Post, semalam.


Kedai kami biasanya tutup jam 5.30 petang tetapi kini kami melanjutkan operasi hampir jam 9 malam untuk menunggu wang tunai dari bank pusat berikutan overdraf wang tunai harian kami di bank sebanyak 500 juta baht (RM50 juta) tidak mencukupi.

Syarikat itu menjual kira-kira 3.5 tan emas sehari bernilai 7 bilion baht (RM70.71 juta) sejak Jumaat hingga Isnin, tiga kali ganda lebih tinggi berbanding jualan biasa berikutan permintaan tinggi. 



Perniagaan kedai emas menyusut sehingga 40 peratus ketika banjir berikutan orang ramai lebih memerlukan wang tunai, kata Kritcharat. 

Pada masa Menteri Perdagangan Thailand, Kittiratt Na-Ranong menasihatkan pendudu tidak membeli telur jika harga terlalu mahal. 
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap laporan peruncit dikatakan menjual telur sehingga 8 baht (80 sen) sebiji. 

Jika harga telur terlalu tinggi sehingga 8 baht sebiji, jangan beli. Cari makanan lain, katanya sambil menambah harga barang mahal berikutan kos termasuk pengangkutan kian meningkat. 

Jabatan Perlindungan Buruh dan Kebajikan melaporkan lebih 2,800 daripada 740,000 pekerja kehilangan pekerjaan disebabkan banjir buruk yang berterusan melanda Thailand sejak tiga bulan lalu. 

Bagaimanapun, kebanyakan majikan berjanji bahawa akan terus mengambil 280,000 pekerja berkenaan. 

Selain itu, 600,000 pekerja asing dilaporkan terperangkap di kawasan banjir menantikan bantuan bekalan selain terpaksa berhadapan dengan masalah pemotongan gaji berikutan kerugian yang dialami majikan mereka, kata sebuah kumpulan penasihat yang dipetik The Nation, semalam. 

Seramai 2,893 pekerja yang diberhentikan diberikan pampasan penuh di mana 343 daripada mereka adalah pekerja separuh masa dengan tiga syarikat manakala yang lain adalah pekerja sepenuh masa bersama enam firma. - Agensi

P/s: Kalau terdesak terpaksalah ..tapi jangan jual semua...



Akan Ku Tunggu Dikau Walaupun 17 Tahun Lamanya...


Semenanjung Gaza: Tahanan Palestin, Daher Kabha yang dibebaskan hasil pertukaran tahanan antara Hamas dan Israel baru-baru ini, melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya selepas berada dalam penjara Israel selama 17 tahun.

Dua minggu lalu, Israel bersetuju untuk membebaskan ratusan tahanan Palestin dalam pertukarannya dengan tentera Gilad Shalit yang ditawan militan Palestin pada 2006.

Perjanjian pertukaran antara Hamas dan Israel mencadangkan kira-kira 150 rakyat Palestin dari Tebing Barat akan dibebaskan di Semenanjung Gaza.

Majlis perkahwinan Daher, 44, yang berasal dari Tebing Barat, diadakan di kawasan Semenanjung Gaza yang dikepung di mana dia berada sejak pembebasannya.

Daher dan tunangnya, yang dikenali sebagai Rayeda, 35, bertunang sebelum dia ditahan tentera Israel pada 1994.

Rayeda berasa sungguh gembira untuk memulakan kehidupan baru bersama suaminya, selepas menempuhi kehidupan selama 17 tahun dalam satu perpisahan yang amat memeritkan.

Wanita, yang berasal dari Tebing Barat itu, terpaksa menempuhi satu perjalanan yang panjang menerusi Sempadan Rafah dari Mesir untuk melangsungkan perkahwinannya berikutan pengantin lelaki yang tidak dibenarkan kembali ke kampung halamannya di Jenin.

"Bersyukur kepada Allah swt. Mulai saat ini kehidupan saya bermula. Kegembiraan yang saya rasai tidak dapat digambarkan," kata Rayeda kepada Bernama.

Daher ditahan selepas didapati bersalah oleh regim Tel Aviv atas dakwaan melakukan operasi pengeboman di kawasan Israel.

"Saya gembira kerana sudah dibebaskan dan dapat berkahwin tetapi pada masa sama saya amat ingin pulang ke kampung halaman bersama isteri saya.

"Amat sukar untuk menunggu saat ini. Kebebasan ini hanya diperoleh menerusi tentangan," katanya. - BERNAMA 









Piring ASTRO Tidak Mengadap Kiblat @ Kaabah


Baru baru ini saja ada terbaca satu artikel yang berbunyi "Mengapa Piring Astro Menghadap Kaabah/Qiblat". 


Apabila membaca artikel tersebut palbagai teori sains yang dikaitkan dengan Kaabah telah dikupas. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah artikel tersebut mengatakan kebanyakan piring astro menghadap ke arah Qiblat lantas saya terkejut dengan kenyataan ini kerana dari pandangan mata kasar saya sendiri piring astro tersebut tidak langsung menghadap ke arah qiblat malah jauh terpesong ke arah lain.
Kecuali orang yang tidak mengambil tahu arah qiblat yang betul mempercayai perkara ini yang mana jika dibiarkan ia boleh merosakkan aqidah umat Islam. 


Sebab apa saya berkata demikian?, ya berdasarkan komen sama ada di dalam forum, facebook mahupun blog, ramai yang percaya perkara tersebut dan ada yang mengaku apabila ke tempat yang tidak tahu arah qiblat mereka hanya melihat arah piring astro tersebut dah arah tersebutlah qiblat mereka. Sesungguhnya orang yang menyiarkan artikel ini memang akan merosakkan aqidah umat Islam dan beliaulah bertanggungjawab apabila ada orang sembahyang berqiblatkan arah piring astro.

Saya telah membuat siasatan dan kajian saya menunjukkan arah qiblat dan arah piring astro jauh berbeza. Bukan sedikit perbezaan malah sangat jauh dan jelas dilihat dengan mata kasar. Mungkin orang yang menyiarkan artikel ini tidak prihatin atau mengambil berat dengan arah Qiblatnya....


Cuba lihat gambar di atas dan saya nasihatkan agar mereka yang percaya arah astro sama dengan arah qiblat tolong ambil kompas dan buat eksperimen seperti yg saya buat.. untuk mengetahui kedudukan arah qiblat dari tempat anda sila rujuk laman web Jakim http://www.e-solat.gov.my/.Wallahua'lam...





Masjid Djenné Di Mali : Masjid Diperbuat Dari Lumpur Dan Jerami (16 Gambar)


Bila bercakap pasal masjid kita akan terus nampak kubah besar dan menara muezzin. Ini ialah rupa default kebanyakkan masjid di seluruh dunia. Masjid Djenné yang terletak di Djenné , Negara Mali tidak kelihatan seperti masjid biasa dan ini membuatkan ianya kelihatan sangat unik.

Mula dibina pada kurun ke 13 masjid ini melalui pelbagai proses pembesaran dibawah pemerintahan Sultan Mali.Sebelum beliau memeluk Islam Masjid Djenné merupakan istana beliau.Sultan Kunburu kemudian mengubah suai istananya menjadi masjid sebelum membina istana baru bersebelahannya. Selepas beberapa ratus tahun Masjid mula rosak. Hanya selepas Mali ditakluki Perancis pada tahun 1906, ianya diperbaiki dan dibesarkan. Kini masjid ini sebesar 75x75 meter. Ianya dibian sepenuhnya menggunakan batu yang dibuat dari lumpur dan jerami yang dipanggilFEREY oleh penduduk tempatan. Dalam bahasa inggeris ianya dipanggil ADOBE. Batuan ferey kemudian dilumur lapisan lumpur bagi memberi permukaan yang licin. Kerana ianya dibuat daripada lumpur dan jerami Masjid Sultan Kunburu harus diperbaiki setiap tahun. As it stand Masjid Djenné ialah bangunan diperbuat daripada lumpur 
terbesar didunia dan diiktiraf sebagai World Heritage Site pada tahun 1988.

Apa yang menariknya bagi aku ialah rupanya yang sangat lain dari masjid yang lain. Jika masjid lain mempunyai bulan sabit diatas kubah, Masjid Djenné, seperti kebanyakkan masjid di Afrika sebaliknya meletakkan telur burung unta. Walaupun sudah ada bahan binaan dan rekaan moden, penduduk Djenné enggan merubah dan mempermodenkan masjid mereka sebagai tanda mengekalkan tradisi tempatan.

Dibawah ialah beberapa gambar Masjid Djenné yang aku jumpa melalui Google. Enjoice!/ BlogSerius








sumber

Rakaman Video Solat Jenazah Muammar Gaddafi


Satu clip video amatur yg menggunakan telefon Bimbit telahpun beredar dan disiarkan television Dubai, Al Alaan.


Dalam clip tersebut juga kelihatan 4 orang yg menyembahyangkan jenazah Gadaffi, Mutassim anaknya dan Abu Bakar Younis. Orang-orang yang menyembahyangkan itu diyakini adalah Khaled Tantoush, ustaz peribadi kepada Gadaffi, juga dua pupu Gadaffi, Mansour Dhao Ibrahim dan Ahmed Ibrahim.


Setelah solat jenazah itu tidak kelihatan kemana jenazah itu dibawa, hanya dimaklumkan ianya dibawa ke gurun dan pihak terbabit dikatakan bersumpah janji untuk merahsiakan tempat sebenar 3 jenazah  itu dimakamkan.Mari kita saksikan:





Khamis, 27 Oktober 2011

Ibadah Haji dan Malcolm X

Oleh Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad



Malcolm X menjelang musim haji yang Telah pun tiba, saya membaca kembali buku, "Malcolm X: As They Knew Him"(editor David Gallen, 1992) dan kali ini tumpuan lebih diberikan kepada cerita perjalanan haji Malcolm X.Lebih dikenali sebagai Malcolm X, Malik ElShabazz (1925-1965), Pemimpin pejuang Hak Asasi kulit hitam di Amerika yang aktif Negara dengan Islam (NOI) di bawah pimpinan Elijah Muhammad telah mengalami perubahan yang ketara terhadap pemikirannya sebaik sahaja menunaikan ibadah haji diMakkah.   
Sebelum menunaikan ibadah haji, beliau Agak lantang memperjuangkan hak-hak bangsa kulit hitam (African American) dan dilihat mempunyai sikap anti bangsa kulit putih.

Pada bulan April 20 tahun 1964, Malcolm telah mulaMengarang      
pengalaman  beliau sewaktu menunaikan haji di Makkah, dan menceritakan bagaimana beliau berjumpa dengan ramai orang berkulit putih yang turut menunaikan haji bersama beliau, semangat Kesatuan persaudaraan Islam, dan hal ini membuatkan beliau mulai Sedar tentang peranan Islam dalam mengatasi masalah perkauman dan mengatur Perhubungan antara kaum yang berbeza.



Malcolm telah menghantar poskad kepada sahabatnya, Dick Schaap  yang bertulis "Salam dari Mekah" dan menggambarkan kota Makkah sebagai 'mata air kebenaran, cintakan keamanan dan persaudaraan''.

Malcolm juga Mengarang dalam poskad tersebut pengalamannya sewaktu menunaikan haji di Makkah Antaranya: "makan dari pinggan yang sama dengan umat Islam  yang matan biru, yang rambut adalah berambut perang,...yang kulit lebih putih daripada putih ... dan kami semuanya sama"

Dalam poskad pertamanya kepada James Farmer pula, Malcolm Mengarang: -
"Saudaraku James, saya kini berada di Mekah, kota yang paling indah dan suci di dunia, di mana saya telah menyaksikan jemaah semua warna ... menyembah Allah dalam keadaan aman, sempurna dan harmoni dan persaudaraan seperti saya tidak pernah dilihat di Amerika Syarikat''

Malcom X menggunakan nama barunya Malik El Shabazz, menghantar poskad keduanya kepad James Farmer dan beliau mencatatkan coretan berikut:-

‘’Here I am,back in Mecca.I am still travelling,trying to broaden my mind,for I’ve seen too much of the damage narrow-mindedness can make of things and when I return home to America,I will devote what energies I have to repairing the damage’’

Dan bila ditanya adakah catatan beliau tersebut menunjukkan berlaku perubahan pada corak pemikirannya, beliau berkata ya dan mengatakan :-
"I have some explaining to do....I was not so lucky as you were.I had very little formal education,eight grades.I am self-educated.I read for myself:mostly in prison I read the dictionary backwards’..’Consequently I believed everything the Honourable Elijah Muhammad told us and the Honourable Elijah Muhammad told us that Islam was a black man’s religion-exclusively-and that the blue-eyed devils could not get close to Mecca,that they would be killed if they tried to enter that sacred city.In Mecca I saw blue-eyed blonds worshipping Allah just as I was,kneeling right beside me,so obviously the Honourable Elijah Muhammad had lied’

Ketika berjumpa dengan sahabatnya Maya Angelou, Malcolm X turut membicarakan pengalaman barunya di Makkah dan mengungkapkan :-

‘’I have always said whites were blue-eyed devils but I have been to Mecca and I have seen whites with blue eyes with whom I felt a brotherhood,and so I can no longer say this-that all whites are evil’’

Malcolm X di dalam sebuah masjid di Kaherah
Perjalanan kembaranya menunaikan ibadah haji di Makkah ini mencetuskan perubahan kepada pemikiran Malcolm X dari seorang yang memiliki sifat perkauman sempit kepada seorang yang menghargai perbezaan warna kulit, bangsa dan agama seseorang, memperjuangkan persaudaraan sesama umat Islam dan persaudaraan sesama manusia lainnya.
Perjuangan cinta persaudaraan dan kemanusian inilah yang membuatkan beliau berbeza pandangan dengan Elijah Muhammad dan Nation of Islam(NOI) ketika itu dan akhirnya membawa kepada pembunuhan beliau.

Pada 1 Februari 1965, tatkala baru mulai menyampaikan pidato di program anjuran Organization of Afro-American Unity(OAAU), Malcom X telah ditembak beberapa kali dan disahkan meninggal dunia selepas itu.

Malcolm X meninggal dunia sewaktu masih muda tatkala aktif dengan jelajah pidatonya di serata dunia memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia, keamanan dan persaudaraan sejagat.



Bagaimana MERUBAH SESEORANG MENJADI Zombie??

Bagaimana Membuat Zombie 
Pasukan Juru  solek mula memakaikan pelakon dengan penutup kepala supaya kelihatan botak.

Bagaimana Membuat Zombie
Seterusnya, pelakon dilengkapkan dengan  gigi palsu 'busuk' yang sesuai dimuatkan di- mulut pelakon tersebut.

How to Make a Zombie
Warhh ...!Busuk gila gigi ni..

 Bagaimana Membuat Zombie
Muka pelakon dilekatkan dengan prostesis bermula dari dahi pelakon itu hingga      ke- lehernya.  

 Bagaimana Membuat Zombie
Jurusolek artis mula menyapu warna pada muka dan luka-luka dibadan pelakon

 Bagaimana Membuat Zombie
Kemudian  Artis solek akan  sesuaikan dengan rambut palsu berminyak     dikepala  'zombie'  yang botak tu. 

 Bagaimana Membuat Zombie
Disebabkan Zombi tidak mempunyai masa untuk bercukur jadi artis solek menambah beberapa helai rerambut di pipi juga bawah dagu dan seterusnya juru solek mewarnakan dengan darah kering yang menjijikkan di sekeliling mulut zombie .

 Bagaimana Membuat Zombie

Dan WARGHHH...! Zombie Kampong Picang... 

Bagaimana Membuat Zombie
Sumber: Dunia Unik.Com 

   

Rabu, 26 Oktober 2011

Kopi Kurangkan Risiko Kanser Kulit


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Meminum kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya dalam kalangan wanita.
Kajian mengenainya yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama AS di bandar raya Boston kelmarin menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko mereka menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.
Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus.
"Ekoran hampir sejuta kes baharu BCC dicatat di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian tersebut, Fengju Song.
Beberapa kajian sebelum ini juga membuktikan mereka yang kerap minum kopi kurang dijangkiti kanser payu dara, prostat, kolon dan uterus. - AFP
Sumber : Kosmo




Bayi Selamat Dikeluarkan Dari Celah Runtuhan Selepas Gempa Di Turki




Ercis Turki - Bayi perempuan berusia dua minggu dikeluarkan dari celah-celah runtuhan sebuah bangunan apartmen 72 jam setelah gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda timur Turki.

Imej-imej di televisyen semalam menunjukkan beberapa anggota penyelamat yang memakai pakaian berwarna oren bertepuk tangan semasa bayi berkenaan dikeluarkan dari celah-celah runtuhan.

Seorang anggota penyelamat mengendong bayi dalam keadaan bogel itu yang bernama Azra Karaduman.

Bayi itu kemudian dibalut dengan selimut dan diserahkan kepada anggota-anggota paramedik.

Ibu bayi itu mendakap bayi tersebut di dada semasa para anggota penyelamat menemui mereka.

Mereka turut melakukan usaha untuk mengeluarkan ibu bayi itu termasuk neneknya yang masih hidup.

"Saya amat teruja. Apa lagi yang perlu saya perkatakan. Biarkan Tuhan membantu mereka," kata seorang lagi nenek bayi itu, Sevim Yigit kepada Reuters.

Menurutnya, bayi itu dilahirkan dua minggu lalu.

Gempa bumi itu yang berlaku pada Ahad lalu telah meruntuhkan lebih 2,000 bangunan dan menyebabkan 366 orang terbunuh. - Agensi










Akhirnya Jenazah Gaddafi dikebumikan Juga


SEORANG jurugambar semalam merakamkan tempat mayat Muammar Gaddafi diletakkan di dalam sebuah bilik sejuk beku di Misrata sebelum ia dipindahkan untuk dikebumikan di gurun Sahara.

Jenazah Gaddafi dikebumikan
MISRATA - Jenazah bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah dikebumikan di sebuah lokasi rahsia di gurun Sahara semalam bersama dengan seorang anak lelakinya, Motassim, kata seorang pegawai kerajaan sementara.
"Jenazah itu telah dibawa pada awal pagi dan baru dikebumikan di gurun bersama dengan anaknya," kata pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) itu, Abdel Majid Mlegta.
Menurutnya, hanya dua orang yang amanah diberikan kepercayaan untuk melakukan misi rahsia itu.
"Mereka itu bukannya pengawal tetapi orang amat dipercayai NTC," katanya.
"Apa yang boleh saya katakan adalah proses pengebumian itu memakan masa dan dilakukan jauh daripada pihak media," tambahnya.
Solat jenazah dua beranak itu dilakukan oleh guru agama peribadi Gaddafi, Khaled Tantoush.


SEORANG wanita melihat jenazah Muammar Gaddafi di sebuah bilik sejuk beku di Misrata kelmarin.


Khaled ditangkap bersama dengan Gaddafi sebelum mereka berpindah dari Misrata.
Dua sepupu Gaddafi, Mansour Dhao Ibrahim dan Ahmed Ibrahim yang ditangkap bersama Gaddafi selepas konvoi dinaiki mereka diserang jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dekat Sirte, bandar kelahiran Gaddafi, turut menghadiri penghormatan terakhir untuknya.
Jenazah itu dikebumikan pada waktu subuh.
Gaddafi, 69, mati akibat kecederaan ditembak di bandar kelahirannya selepas dia ditemui dalam saluran pembetungan di bawah sebuah lebuh raya pada Khamis lalu.
Anaknya, Motassim turut mati ditembak dekat leher selepas ditangkap oleh para pejuang NTC.
Mayatnya itu kemudian dipamerkan kepada orang ramai di dalam sebuah bilik sejuk di sebuah pasar di Misrata.
Sebelum dikebumikan, pemerintah sementara Libya telah bertindak melarang orang ramai daripada melihat jenazah Gaddafi, anak lelakinya, Mutassim dan seorang ketua tenteranya, Abu Bakr Younis.

JENAZAH Motassim Gaddafi yang dipamerkan kepada orang ramai di sebuah bilik sejuk beku di Misrata kelmarin.









Keputusan itu dibuat selepas ribuan  penduduk Libya melihat sendiri jenazah bekas pemimpin Libya itu.
Beberapa pengawal mengunci pintu pagar yang menempatkan bilik sejuk beku tempat jenazah Gaddafi bersama dua yang lain disimpan di Misrata.
Pintu peti sejuk beku itu yang 
kerap dibuka bagi membolehkan orang ramai masuk menyebabkan ketiga-tiga jenazah tersebut cepat mereput dan berbau busuk.                                                                Pengawal-pengawal memberikan topeng bedah kepada pelawat untuk melindungi mereka daripada bau busuk. Mereka juga menyembur bahan pembasmi kuman pada jenazah tersebut.Menurut beberapa pengawal di pintu pasar tersebut, satu konvoi empat hingga lima buah kenderaan terlibat dalam proses membawa jenazah berkenaan pada lewat malam kelmarin ke sebuah lokasi rahsia. Kerajaan sementara Libya akan menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat kematian Gaddafi.
Menurut seorang pengawal di pasar itu, dia melihat permit pengebumian tersebut yang menyatakan terdapat dua tembakan, satu di kepala dan satu lagi di dada Gaddafi. - Agensi
 Sumber: Kosmo