Sabtu, 19 Mac 2011

Masjid Di Kutub Utara

Islam ade di mana-mana sahaja di dunia ini..tidak kira la di Asia ker,Timur Tengah ker, Afrika  mahupun Amerika sendiri, pasti akan kedengaran azan bila masuk waktunyer..termasuklah di kutub utara..tempat yg beku...huhuhu..sejuk la kat sane..biarpun aku tak pernah pergi lagi tapi aku bangga melihat masjid yang indah itu di sana...jum kita tengok.



 

Akibat Tsunami: Ikan Memenuhi Mexico? Bergambar

Di tepi pantai Acapulco di Mexico, jutaan ikan memenuhi persisiran pantai seakan² tompok tumpahan mintak. Jika dilihat secara dekat. Anda akan dapat melihat jutaan ikan sardin, ikan teri, dan ikan kembung melonjak-melonjak di sepanjang pantai tersebut. Persoalannya .. adakah ini kesan dari gegaran gempa bumi dan tsunami di Jepun ? Siapa tahu !

Kesan Tsunami 
& Gempa Bumi Jepun
Macam tompokan minyak! 
Kesan Tsunami 
& Gempa Bumi Jepun
Seorang lelaki cuba menagkap ikan mengunakan sauk 

Kesan Tsunami 
& Gempa Bumi Jepun
Cuba untuk menghampiri kumpulan ikan terbabit

Kesan Tsunami 
& Gempa Bumi Jepun
Jutaan ikan !

Kesan Tsunami 
& Gempa Bumi Jepun
Dapat tangkap ikan seekor pun.. jadi la !

Kesan Tsunami 
& Gempa Bumi Jepun
 

Malapetaka Di Jepun Telah Dinyatakan Di dalam AL-QURAN

 Maha suci Allah...semua yg berlaku di dunia ini adalah ketentuan olehNYA...termasuklah kejadian tsunami yg melandan negara jepun beberapa hari lepas..jum baca apa yg telah dinyatakan dalam AlQuran ttg tsunami yg melanda jepun

 
1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432     Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4. 

Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4. 

Rujuk di Quran. 
 

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3. 

di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. 

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 
so next 3+0 = 3. 
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. 

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.. 

so 1+4+4+6 =15 
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku. 

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. 

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan. 
 

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman. 
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam.                                                                                     
sumber : sini
Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat. 

Sabtu, 12 Mac 2011

Rakaman Gempa Bumi & Tsunami Besar Jepun 11/3/2011

Di saat ini, tiada siapa yang dapat menolong kita kecuali ALLAH S.A.W. .Setiap kejadian  didunia ini tentu ada sebab musababnya. Ilmu kita amat cetek berbanding ilmu Allah s.a.w. Semua yang berlaku ini untuk menjadi iktibar kepada kita semua sebagai makhluk Allah s.a.w BERSABARLAH..Yang  baik itu datang dari Allah s.a.w,Yang silap dan jahil itu  dari diri kita sendiri. Wallahuaqlam.

BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

 

1.Terjemahan Al-Fatihah

[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Semoga kita dapat rasakan sesuatu dihati dan berkata " Ya Allah, Kerdilnya aku ini..".







Bijak Memanfaat Pusingan Biologi

 
image source
 
 Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.” (al-Furqaan : 47)
 
Terjemahan ayat di atas menjelaskan bahawa tubuh badan manusia mempunyai sistemnya yang tersendiri yang dikenali sebagai pusingan biologi atau biological rhythm. Sistem inilah menyebabkan kita mengantuk dan kurang bertenaga pada waktu malam dan cergas pada waktu siang. Ia dikawal oleh hormon-hormon. Justeru itu, kita perlu memahami cara sistem ini bekerja dan bijak memanfaatkannya.
 
Memahami Fisiologi Pusingan Biologi
Pada waktu malam, badan manusia melalui kelenjar pineal, akan mengeluarkan sejenis hormon yang bernama melatonin. Hormon ini mempengaruhi bahagian otak yang dikenali sebagai hipotalamus dan ia menyebabkan kita tidur. Kadar melatonin berada pada tahap optimum dalam darah pada jam 1.30 pagi hingga 2.00 pagi semasa tidur. Selepas itu, kadarnya menurun dan ia berada pada tahap paling rendah apabila bangun daripada tidur pada jam 6.00 pagi.
 
Pada waktu siang pula, hormon kortisol mempengaruhi kita semasa kita aktif melakukan pelbagai aktiviti. Hormon ini berfungsi melajukan jantung dan pernafasan pada waktu siang. Hormon kortisol juga dikenali sebagai hormon stres kerana ia berada pada tahap paling tinggi apabila individu mengalami tekanan.
 
Daripada sudut pusingan biologi, waktu yang dianggap paling produktif adalah antara jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Sebaiknya kita melakukan kerja-kerja utama dalam hidup kita pada waktu ini. Selepas itu di antara waktu tengah hari dan awal petang, tubuh kita akan menjadi lesu dan lemah. Para saintis menamakan fasa ini sebagai a secondary sleep gate. Justeru itu, tidurlah sekejap pada waktu ini jika mempunyai kesempatan.
 
David F.Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping menggalakkan kita tidur pada waktu tengah hari. Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap penyakit jantung berbanding orang lain. Di sudut agama, tidur sekejap pada waktu tengah hari dikenali sebagai qailulah dan ia pernah dilakukan oleh Nabi SAW.
 
Selepas itu, kita akan memasuki fasa produktif yang kedua antara jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Gunakanlah waktu ini untuk membaca dan merancang aktiviti sebelum berehat untuk tidur.
 
Tidur sebagai Ibadah
 
Tidur adalah ibadah. Ia perlu dijaga dan dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai ibadah. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim ada menitikberatkan soal tidur sebagai ibadah yang diterjemahkan seperti yang berikut:
“Apabila seseorang kamu mengantuk ketika hendak bersolat maka hendaklah dia tidur sampai dia tahu apa yang dibacanya.”
 
Semasa tidur sel-sel di dalam badan melalui proses pemulihan yang mana badan manusia akan mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi memperbaiki sel-sel yang rosak Justeru itu mengambil minuman yang mengandungi kafein sebelum tidur boleh mengganggu proses ini dan menambahkan keletihan pada waktu siang.
 
Penyimpanan maklumat jangka panjang di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Mereka yang suka tidur lewat boleh mengganggu proses penyimpanan maklumat ini. Menurut Penolong Profesor Carla B. Green dari Pusat Sains Kebangsaan untuk Pusingan Biologi, mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam boleh menjejaskan pusingan biologi individu dan menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca.
 
Tidur dapat memantapkan sistem darah dan jantung. Menurut Dr. Tom Mackay, seorang pakar penyakit-penyakit system pernafasan di Pusat Tidur Kebangsaan, Edinburgh Royal Infirmary, Scotland merumuskan, kurang tidur akan menyebabkan beberapa perubahan kimia berlaku dalam badan. Keadaan ini meningkatkan risiko individu menghidap penyakit kencing manis, jantung dan strok.
 
Tidur juga memantapkan sistem pertahanan badan. Kajian menunjukkan individu yang tidur 3 hingga 4 jam sehari kurang daripada kadar biasa mudah mengalami tekanan dan stres. Ini akan melemahkan sistem pertahanan badan dan menjadikannya mudah dijangkiti kuman. Berapakah jumlah jam yang diperlukan untuk tidur secara optimum pada waktu malam? Keperluan tidur individu berbeza dengan individu yang lain. Mereka yang tidur 6 hingga 7 jam secara purata setiap malam adalah lebih sihat dan hidup lebih lama daripada mereka yang tidur lebih dari 8 jam atau kurang 4 jam.
 
Sunah Nabi dan Pusingan Biologi
 
Secara tidak langsung, Nabi SAW mengambil kira kehendak pusingan biologi apabila baginda menyuruh para sahabat melayani keperluan badan. Baginda sendiri melayani hak dan keperluan jasmani bertujuan menyihatkan diri sebagai persiapan untuk beribadah. Pernah pada suatu masa, ada di kalangan para sahabat yang tidak mahu tidur dan tidak mahu berkahwin. Ada pula sahabat yang berazam untuk berpuasa secara berterusan.
 
Lantaran perkara ini, maka Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Demi Allah, akulah manusia yang paling takutkan Allah dan paling bertakwa kepada-Nya tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku bersolat dan tidur dan aku juga berkahwin. Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku ini, dia tidak termasuk dalam golonganku.” Hadis ini dijelaskan oleh Bukhari dan Muslim. Nabi SAW juga pernah melakukan qailulah atau istilah para saintis hari ini iaitu a secondary sleep gate. Ini kerana di antara waktu tengah hari dan awal petang badan manusia menjadi lemah dan lesu. Maka dengan tidur sekejap itu akan dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan kita.
 
Penutup
Jasad boleh dikiaskan seperti sebuah kederaan yang sentiasa dipacu oleh manusia. Bagi mencapai kejayaan, manusia perlu menyelenggara kenderaannya dengan baik supaya ia dapat dinaiki demi mencapai cita-cita. Justeru, pastikan kita bangun awal setiap pagi untuk bersembahyang Subuh, sebaik-baiknya secara berjemaah dan jika berkesempatan tidurlah sekejap (lebih kurang 20 minit) pada waktu tengah hari.
 
Sumber: Jakim

Rabu, 9 Mac 2011

Petua Keselamatan Untuk Pemandu Wanita

Awas!! Hati-hatilah..


  • Kunci kereta anda sebaik sahaja anda memasuki kereta anda. Pastikan pintu di kunci walaupun sebelum anda menghidupkan enjin kereta anda. 

  • Apabila anda berhenti dijalan raya, pastikan pintu anda berkunci dan jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan tidak begitu rapat. Ini mengelakkan penjenayah daripada mencari peluang untuk memasuki kereta anda dan seterusnya menyerang anda. 
  • Letakkan kereta anda di tempat yang terang dan selamat, walaupun anda meninggalkan kereta anda tidak lama.Jangan lupa tanggalkan 'SmartTag' anda simpan ditempat yang selamat.  Perhatikan sekeliling anda sebelum keluar daripada kenderaan anda. Jika seseorang dengan tiba-tiba menghampiri anda dengan tujuan menyerang, hidupkan enjin dan keluar daripada kawasan tersebut secepat mungkin. 
  • Sebelum memasuki kereta pastikan tempat duduk hadapan dan belakang kosong dan seperti biasa kunci kereta sudah tersedia di tangan anda .
  • Apabila anda di ekori di kawasan tempat letak kereta, dan anda masih lagi jauh daripada kereta anda, cuba menginsut di bawah kereta berhampiran. Posisi ini menyukarkan penjenayah untuk menyerang anda yang berada di bawah kereta.
  • Jika penyerang berjaya memasuki kereta anda ketika anda berada di dalamnya, gunakan segala kekuatan anda untuk keluar daripada kereta tersebut. Walaubagaimanapun, jika anda masih tidak berjaya melepaskan diri, pandu kereta anda melanggar pendua jalan, tembok, tiang dan apa sahaja yang dapat menyebabkan kemalangan kecil. Ketika penyerang anda beralih perhatian gunakan peluang ini untuk keluar secepat mungkin daripada kereta anda. Lari sekuat hati sambil menjerit meminta pertolongan. Cuba menarik perhatian orang untuk menolong anda. 
  • Jangan berhenti untuk menolong orang yang anda tidak kenali ketika keretanya rosak, sebaliknya apa yang anda boleh lakukan untuk menolong ialah dengan memandu ke pondok telefon berdekatan dan menelefon polis atau bantuan lain.
  • Jika tayar anda pancit di tengah jalan, teruskan juga pemanduan ketempat yang selamat, terang dan ramai orang. Lebih baik merosakkan tayar anda daripada mengambil risiko untuk mengabaikan keselamatan anda.
  •  Jika anda terlibat di dalam kemalangan, duduk di dalam kereta anda sehingga polis sampai. Di dalam kemalangan kecil terdapat pemandu yang akan meminta keterangan pemanduan seperti lesen dan insuran. Tunjukkan lesen dan insuran anda melalui cermin sahaja. 
  • Jika anda diekori ketika di dalam perjalanan, jangan memandu pulang kereta anda sebaliknya pandu kereta anda ke balai polis atau balai bomba yang berhampiran. Bunyikan hon kereta anda. Jika tidak, pandu kereta anda ke stesen minyak atau ke kawasan tumpuan orang ramai dimana anda dapat menelefon polis. 
  • Jangan tinggalkan kereta anda melainkan anda pasti bahawa anda akan dapat memasuki bangunan dengan selamat. Cuba dapatkan nombor pendaftaran kereta serta mengecam kereta yang mengekori anda.
  • Jika boleh, cuba setkan di setiap 'keypad' pada telefon bimbit anda dengan nombor-nombor penting. Sebagai contoh.. keypad No.1 - letak 999 yakni Polis dan  orang-orang penting  pada nombor  seterusnya bertujuan jika ada  kecemasan anda tak perlu mendail, cuma tekan pada keypad yang anda setkan itu . Jika tak tahu setkannya pergi kedai Telefon Bimbit berdekatan minta bantuan mereka. ( Pastikan juga bateri telefon anda di cas serta telefon anda boleh membuat panggilan  dan Prepaid) ...........
Salam...

Khamis, 3 Mac 2011

Doa Elak Cabul dan Rogol

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ
في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ
بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ
قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ
مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ
حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”  
( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني
آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ
وَأَحْصَنْتُ فرجي
إِلاَّ على زوجي
 فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” 
( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

Cerita Di Sebalik Solat

SUBUH  ZOHOR  ASAR  MAGHRIB  ISYAK

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun


Rabu, 2 Mac 2011

Hebatnya Surah Yassin



RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi 20 keberkatan”, iaitu:

* Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

* Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

* Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

* Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

* Jika terpenjara akan dibebaskan.

* Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

* Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

* Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

* Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

* Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

* Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

* Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.

* Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

* Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik”.

BERITA TERKINI : Tempoh Bayaran Saman dilanjutkan 10 Hari Lagi

Peluang membayar saman dilanjutkan lagi selama 10 hari.. jadi kepada Sahabat yang belum bayar saman lagi.. cepat-cepat serbu lagi pejabat pos.. apa tunggu lagi bayolah cepat..Aik! alamak...  aku ada tiga saman  hairan kono perikso ni ...Vromm..

Kerajaan Lanjutkan Tempoh Bayaran Trafik Selama 10 Hari

PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik selama 10 hari mulai Selasa hingga 10 Mac ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan di Putrajaya pada Rabu.

Sumber: Bernama online

Cara  Semak Saman Trafik 

1.  Myeg.com.my – boleh juga buat bayaran saman online tetapi perlu berdaftar.

2.  Melalui SMS 15888 - taip POLIS SAMAN <NO KAD PENGENALAN> atau <NO KENDERAAN> dan hantar ke  15888 – Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke 15888 * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

3.  Semak Saman JPJ di Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan -Semak Saman JPJ(klik).

4.  Melalui  SMS 32728 @ klik  DAPAT .
    P/S : Jangan tunggu hari ke 9 atau 10 baru nak pergi  bayor ye...ingatan untuk diri sendiri jugak..

    Kacang Soya Mengalih Kita Dari Pemakanan Sunnah

     

    Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

    Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

    Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

    Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

    Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

    Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
    Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

    Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

    FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

    Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

    (1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

    (2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

    Walau bagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

    Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

    Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

    (3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

    Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

    (4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

    Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

    Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

    Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

    Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

    Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

    FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

    FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

    Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

    MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT


    Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji

    Selasa, 1 Mac 2011

    Buat Duit Dengan Burung Walit

    Projek Sarang Burung Walit. Modal hanya sekali pendapatan selama 40 tahun dan boleh diwarisi


    Projek Sarang Burung Walit. Modal hanya sekali pendapatan selama 40 tahun dan boleh diwarisi

    Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Kami merupakan kontraktor rumah burung walit bumiputera. Kami ingin menjemput sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi rakankongsi bagi projek secara Joint Venture (J.V) untuk rumah burung walit.

    Buat pengetahuan semua, perniagaan sarang burung walit ini telah pun mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia. Pada tahun 2006, dianggarkan jumlah jualan sarang burung ialah pada RM 11 ke 12 billion.

    Burung walit hanya terdapat di negara-negara (Asia Tenggara) seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, dan lain-lain. Malaysia menghasilkan hanya 7 %, Indonesia 60%, Thailand 20% dan lain-lain negara 13%. Jumlah sarang burung dari semua negara ini tadi baru mencakupi 30% pasaran dunia. Ini bermakna pasaran dunia bagi sarang burung ini masih lagi kekosongan sebanyak 70%.

    Ketika ini harga sekilo sarang burung adalah diantara RM 3000 ke RM 6000. Kerana itulah ianya di gelar emas putih. Bagi sesiapa yang mempunyai rumah burung maka mereka umpama memiliki bank persendirian.

    Ciri-ciri projek secara J.V

    1) Rumah bersaiz 20kaki x 80 kaki x setingkat
    2) Pemilikan selama 40 tahun
    3) Segala pembinaan, penyelenggaraan dan jualan hasil adalah atas tanggungjawab syarikat.
    4) Perjanjian adalah berdasarkan syarikat kepada syarikat.
    5) Perjanjian menerusi peguam.
    6) Satu lot adalah bersamaan RM 3200 (Sekali bayar seumur hidup)
    7) Yuran guaman RM 500 sahaja.
    8) Pembelian 4 lot ke atas perjanjian adalah percuma (ditanggung oleh MECTEN).
    9) Tiada sewa tanah dikenakan.
    10) Boleh diwarisi

    Jangkaan Pendapatan:

    Sebuah rumah bersaiz 20kaki x 80kaki x setingkat mampu menghasilkan 10kg sarang burung setiap bulan pada tahun yang ke 5. Hasil pertama akan dituai pada bulan ke 13 selepas dari tarikh pelancaran rumah tersebut.

    Contoh pengiraan pendapatan:

    Katalah pada bulan ke 15 rumah terbabit menghasilkan 1 kg sarang. Dan harga sarang pada ketika itu ialah RM 4000, ini bermakna hasil jualan keseluruhan bagi seisi rumah ialah RM 4000. Maka jika anda memiliki 1 lot bererti anda memiliki 1 peratus dari RM 4000 tadi. Ini bermakna anda akan mendapat RM 40.00 bagi bulan tersebut.

    Untuk makluman semua, pendapatan rumah burung akan meningkat sehingga ke maksimum. Maksimum bagi rumah saiz ini ialah 10 kg sebulan dan biasanya ianya akan dapat dilihat pada tahun ke 5. Katalah pada bulan 5 tahun ke 5, rumah tersebut sudah menghasilkan 10 kg, dan katalah harga semasa sarang burung ialah sekitar RM 5ribu sekilo, maka 10kg x 5000 = RM 50 ribu pada bulan tersebut. Dan jika anda memiliki 1 lot anda berhak untuk mendapat RM 500 pada bulan tersebut.

    MAKLUMAT PENTING:


    Kami membina rumah-rumah burung ini di sekitar Perak Tengah ketika ini. Rumah JV pertama dan kedua sudah pun siap dibina dan beroperasi. Burung-burung pun sudah tidur di dalamnya. Lot-lot juga sudah habis dijual.

    Kini giliran rumah ke 3 dan ke 4 untuk dibina. Lot untuk rumah ke 3 sudah pun tinggal berbelas lot sahaja lagi. Pembinaannya akan dilakukan tidak lama lagi.

    Fikirkan sejenak apakah perniagaan yang mampu anda lakukan dengan modal RM 3200 dan mendapat hasil sehingga 40 tahun. Anda juga tidak perlu menguruskannya.  


    Sumber: Bisneswalit.Blogspot.com

    Idea Simpan Wang Sambil Turunkan Berat Badan



    SEOUL - Sebuah bank di Korea Selatan menawarkan sebuah akaun simpanan unik untuk menarik perhatian pelanggan, di mana orang ramai boleh menyimpan wang sambil menurunkan berat badan.

    Bank Hana, sebuah cabang perbankan dari Kumpulan Kewangan Hana di Seoul, dikatakan dapat merealisasikan kedua rancangan itu sekali gus.

    Akaun simpanan 'bersenam untuk kadar faedah tinggi' dicipta berikutan obsesi penduduk negara itu yang mahu mengekalkan bentuk badan yang langsing dan kekal sihat.

    "Semakin banyak kalori dibakar, lebih tinggi kadar faedah yang diberi. Jika pelanggan hilang lebih lima peratus daripada berat badan mereka dalam masa setahun, atau memegang kad keahlian pusat senaman, pihak bank akan memberi kadar faedah istimewa," menurut kenyataan bank itu.

    Akaun simpanan itu dilaporkan mencapai 400 bilion won (RM1.08 bilion) daripada hampir 50,000 pelanggan sejak 2008.

    Sumber: Kosmo