Ermm..
Korang rasa kalau terjun dari KLCC 
sampai ke bawah mati tak? Aku rasa mesti mati. Dan aku rasa cikgu alias 
mesti rasa nak panjat KLCC dan terjun kat bawah selepas dia mengeluarkan
 satu kenyataan yang memalukan dia dan guru2 semalaysia. 
Lihatlah apa yang cikgu alias cakap di facebook nya mengenai perundangan islam ;
Herm.. 
Gambar di atas rasa nya dah cukup untuk 
menjawab tuduhan serong cikgu alias mengenai perundangan islam khususnya
 hudud. Tangan orang takan kudung dan cacat disebabkan hudud 
sewenang2nya. Hudud bukanlah sistem yang mahu mengudungkan tangan umat 
islam oke.
Kalau tak faham apa yang tersirat 
melalui hudud pun takpe. Cuma janganlah memperlekehkan hukum Allah swt. 
Memperlekehkan hukum  Allah swt, sesuatu yang telah Allah swt tetapkan, 
sesuatu yang telah ulama2 muktabar kaji dan analisis, sebenarnya secara 
tak langsung kita meragui sistem dan polisi2 yang terkandung dalam islam
 itu sendiri.
Sama seperti kita mempersoalkan aurat, 
memperlekehkan pemakaian tudung. Kita kata kita muslim, kita sayangkan 
islam, sayangkan Allah swt, tapi bila disuruh melaksanakan apa yang 
Allah swt firmankan, kita ragu2 dan bagi macam2 alasan. Perbuatan kita 
tak konsisten dengan percakapan kita, boleh ke?
Rasanya masalah umat islam di malaysia 
neh sebenarnya bukanlah mengenai pelaksanaan hudud sebaliknya penolakkan
 umat islam terhadap hudud dan hukum Allah swt itu sendiri. Dan ini 
sangat bahaya. Kalau lah ornag2 bukan islam tolak hudud ada maafnya 
lagi. At least mereka terang2 mengakui mereka tak percayakan Allah swt.
Tetapi bila orang yang mengakui islam 
itu sendiri menolaknya sememangnya ini sangat berbahaya geng. Ingatlah 
munafiq itu terletak di neraka yang paling dalam dan ia bukan sia2 untuk
 berada disitu beb. /sozcyili
  Hamba Allah   
  
 Cikgu Alias tak faham apa hukum mengangkat takbir (angkat kedua-dua 
belah tangan) semasa solat. Yang rukunnya adalah Takbiratul Ihram, iaitu
 melafazkan ucapan Allahuakbar dan kalau tak buat maka tidak sah solat, 
manakala hukum angkat kedua-dua tangan pula adalah Sunat Haiat. Kalau 
tak buat, solat itu sah dan tak disunatkan ganti dengan sujud sahwi. 
Cikgu Alias kena banyak belajar lagi dan jangan sebarang cakap, supaya 
tidak tergelincir aqidah. 

Bawa bertaubatlah Cikgu Alias.
BalasPadam