IKLAN

Jumaat, 8 Jun 2012

Falsafah Ratu Syaitan

Falsafah Ratu Syeitan
Gaga
Intisari ajaran Islam ialah kalimat Tauhid لا إله إلا الله.Kalimat ini berlandaskan kepada dua rukun: kalimatan-nafyu (penafian) dan kalimat al-itsbat(peneguhan). Ibnul Qayyim berkata: "Penafian total bukan merupakan tauhid, demikian pula peneguhan semata tanpa penafian. Maka bukanlah tauhid kecuali jika ia mengandungi penafian dan peneguhan sekaligus; itulah hakikat tauhid. "
Penafian yang dimaksudkan di sini ialah menafikan atau mengingkari segala jenis ilah atau sembahan, sedangkan peneguhan yang dimaksudkan ialah meneguhkan atau mengukuhkan bahawa hanya Allah sajalah satu-satunya tuhan yang benar. Semua ilah selain Allah dinafikan sebab selain Allah hanyalah merupakan tuhan-tuhan palsu. Allah سبحانه و تعالى berfirman:
أإله مع الله قل هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين
"Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)?. Katakanlah: "Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika kamu orang-orang yang benar". (QS An_naml 64)
Barangsiapa memenuhi sisi peneguhan (itsbat) saja tanpa memenuhi sisi penafian (nafyu), maka dia bukanlah seorang yang beriman. Demikian pula sebaliknya, siapa yang menetapi sisi penafian saja dan mengabaikan sisi peneguhan, maka dia bukan orang yang beriman. Tidaklah seseorang disebut mukmin sejati kecuali dia memenuhi kedua-dua rukun tersebut secara bersamaan; yakni memenuhi rukun itsbat dan nafyu (secara bersamaan) baik dalam segi i'tiqad (keyakinan), perkataan dan perbuatan, yang zahir maupun yang batin.
Kalimat لا إله (tidak ada ilah) mewakili sisi penafian seorang mukmin terhadap segala bentuk tuhan-tuhan palsu yang hadir di dunia. Kemantapan seseorang dalam memaknai sisi ini menyebabkan dirinya mempunyai kebebasan dari dominasi sesiapa dan apa-apa dalam hidupnya di dunia yang fana ini.
Sedangkan ayat إلا الله (kecuali Allah) mewakili sisi peneguhan seorang yang beriman, bahawa satu-satunya ilah hakiki di dunia ini yang dia puja, puji, cintai, patuhi serta takuti hanyalah Allah سبحانه و تعالى. Seorang mukmin berjuang untuk membina keterikatan dirinya kepada ilah Yang Satu itu, yakni Allah سبحانه و تعالى.
Jadi, ideologi seorang mukmin adalah ideologi yang sekaligus menghimpun kebebasan dengan keterikatan. Kebebasan dirinya dari segenap ilah palsu yang menawarkan pelbagai nilai-nilai yang berpunca dari selain Allah, terutama dari musuh Allah yakni syaitan. Dan keterikatan dirinya kepada Allah سبحانه و تعالى dan segenap nilai-nilai yang berpunca dari ilah Yang Satu tersebut. Keterikatan yang menyebabkan dirinya secara automatik juga terikat kepada Rasulullah Muhammad صلى الله عليه و سلم dan Dienullah Al-Islam. Bukan selain itu ...! Maka Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم bersabda:
من قال رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد رسولا وجبت له الجنة
"Barangsiapa yang mengatakan; RADHIITU billaahi RABBAN WA BIL-islaami diinan WA BIMUHAMMADIN RASUULAN (Aku redha Allah sebagai Rabb-ku, Islam sebagai dien-ku dan Muhammad sebagai rasul), maka wajib baginya untuk masuk syurga." (HR Abu Dawud) Shahih
Demikianlah ideologi seorang mukmin, atau lebih tepatnya iman serta aqidah seorang mukmin. Segala sesuatu ia pandang dan jalankan berlandaskan pemahaman serta keyakinannya terhadap kalimat Tauhid. Seorang mukmin dengan demikian menjadi manusia yang mengerti hakikat kebebasan yang bertanggung-jawab. Bukan kebebasan mutlak tanpa batas. Sebab pada hakikatnya tidak ada manusia yang benar-benar hidup dengan kebebasan mutlak tanpa batas. Pasti setiap manusia mempunyai keterikatan kepada sesuatu, baik diakuinya atau tidak.
Adapun para pengikut syaitan (baca: hizbusy-syaitan) berjuang untuk menegakkan freedom (kebebasan) yang terlepas sama sekali dari keterikatan apapun. Sekurang-kurangnya, demikianlah yang mereka serukan. Sehingga jika kita cuba analisa falsafah mereka berdasarkan perspektif kalimat Tauhid, maka bererti mereka hanya mahu menerima bahagian pertama saja dari kalimat Tauhid, yakni لا إله (tidak ada ilah). Dan inilah sesungguhnya sikap para penyokong setan.Mereka tidak mahu mengakui adanya tuhan apapun dan siapapun yang mendominasi atas dirinya, termasuk tuhan yang hakiki, yakni Allah سبحانه و تعالى ...! Mereka adalah kaum kafir atau pengingkar terhadap Allah dan segenap nilai-nilai yang berpunca dari-Nya. Memang, para pengikut Syaitan, sesungguhnya mengikuti jejak pemimpin besar mereka iaitu iblis. Allah سبحانه و تعالى berfirman mengenai iblis sebagai berikut:
وإذ قلنا للملائكة اسجدوا لآدم فسجدوا إلا إبليس أبى واستكبر وكان من الكافرين
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat:" Sujudlah kamu kepada Adam, "maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan yang kafir." (QS Al-Baqarah 34)
Golongan yang kafir pengikut setan ini merupakan golongan yang hanya ingin kebebasan tanpa kerikatan apapun, terlebih keterikatan kepada Allah سبحانه و تعالى ..! Mereka adalah kaum yang sombong lagi membangkang terhadap Allah Yang Maha Kuasa sebab mereka tidak mahu bersusah payah untuk terikat, komited dan menunjukkan kesetiaan kepada ilah sejati, Allah سبحانه و تعالى.


Tetapi dalam kenyataannya, sebenarnya mereka tetap terikat kepada sesuatu, walaupun mereka tidak mahu mengakuinya. Mereka berkeras mengatakan bahawa mereka hidup dalam kebebasan total, tanpa keterikatan apapun.Namun sejatinya mereka tetap terikat kepada sesuatu. Apakah sesuatu itu? Itulah yang disebut Allah dengan istilahhawa nafsu. Mereka mengikuti hawa nafsu. Mereka terikat dengan hawa nafsu. Bahkan mereka menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan mereka ..!
أفرأيت من اتخذ إلهه هواه وأضله الله على علم وختم على سمعه وقلبه
وجعل على بصره غشاوة فمن يهديه من بعد الله أفلا تذكرون
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilah-nya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Oleh itu, siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? "(QS Al-Jatsiyah 23)
Jadi, falsafah setan pada akhirnya akan menggiring manusia menuju penghambaan diri kepada selain Allah, yakni dalam hal ini kepada hawa nafsunya sendiri. Ia menjadikan hawa nafsunya sebagai ilah-nya. Ia menolak menjadikan Allah سبحانه و تعالى sebagai ilah, malah ia mengambil ilah lain selain Allah yang ia ikuti, taati dan cintai. Ini bermakna, ia tidak saja kafir kepada Allah سبحانه و تعالى tetapi ia sekaligus menjadi seorang musyrik .....! Maka, bilamana keadaannya menyebabkan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya ...! Wa na'udzubillahi min dzaalika.
Dan semua keterangan di atas menjelaskan kepada kita mengapa ketika icon Ratu Syaitan berrencana datang ke negeri ini ada sebahagian masyarakat (baca: kaum pengikut syaitan) yang begitu getol menyambutnya bahkan merasa geram, terusik serta kecewa berat menghadapi sebahagian masyarakat (baca: kaum beriman insyaAllah) yang menolak kehadiran Ratu Setan tersebut. 


Kita dapat menduga bahawa para fans Ratu Setan ini sudah sedemikian mengunyah-ngunyah falsafah syaitan yang disebarluaskannya sehingga sukar bagi mereka untuk dapat menerima masukan apalagi petunjuk yang disampaikan kaum beriman. Allah secara tegas mengatakan: "Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? "

Bila "kebebasan tanpa keterikatan" telah menjadi falsafah bahkan ideologi sekumpulan orang, maka akhirnya mereka akan mempeturutkan hawa nafsu sebagai tuhan-nya. Dengan dalih freedom of speech (kebebasan berpendapat) dan freedom of expression (kebebasan mengungkapkan perasaan hati @ memenuhi hawa nafsu) mereka tidak merasa bersalah sama sekali untuk mempersekutukan Allah dengan hawa nafsunya. Bahkan hawa nafsunya lebih dia agungkan daripada Allah سبحانه و تعالى ...! 


Cuba semak ayat-ayat syaitan yang dilantunkan oleh Ratu Setan tersebut. Salah satu lagu yang paling popularnya adalah yang berjudul Born This Way (Terlahir Seperti Ini). Cuba perhatikan nuansa falsafah syaitan yang dipromosikannya. Di sini kita kutip sebahagian sahaja dari lirik lagu tersebut:
Rejoice and love yourself today
'Cause baby, you were born this way
No matter gay, straight or bi
Lesbian, transgendered life
Ï'm on the right track, baby
I was born to survive
Ertinya:
Bersukacitalah dan cintailah dirimu sendiri pada hari ini
Kerana anda dilahirkan seperti ini, sayang
Tidak peduli gay, lurus atau bisex
Lesbian atau kehidupan transgender
Aku di jalur yang benar, sayang
Aku dilahirkan untuk bertahan hidup
Melalui lirik lagu di atas, jelas sekali bahawa artis agen Sistem Dajjal ini memang penyebar falsafah setan sejati. Dia menggiring fans-nya untuk menuduh Allah sebagai penyebab dirinya menjadi seperti itu. Apakah menjadi seorang gay, bisex, lesbi ataupun transgender. Itu bukan masalah, kerana memang dilahirkan seperti itu. Bahkan ia yakin bahawa penyimpangan sexualnya itu merupakan "kurnia" dari Tuhan. Na'udzubillahi min dzaalika ...! Cuba semak bahagian lain dari lirik lagu yang sama itu:
Ï'm beautiful in my way
'Cause God makes no mistakes
Ï'm on the right track, baby
I was born this way
Ertinya:
Aku cantik dengan caraku
Kerana Tuhan tidak membuat kesalahan
Aku di jalur yang benar, sayang
Aku terlahir seperti ini
Padahal seorang mukmin yakin bahawa Allah سبحانه و تعالى menciptakan setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah(suci, murni, tanpa dosa). Tidak mungkin Allah melahirkan manusia dengan bawaan sejak lahir untuk menjadi pendosa seperti seorang gay atau lesbian. Ini namanya bersangka-buruk kepada Allah سبحانه و تعالى ...! Ini merupakan sebuah tuduhan keji terhadap Allah سبحانه و تعالى ...! Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم bersabda:
كل مولود يولد على الفطرة
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah." (HR Bukhari) Shahih
Falsafah syaitan mengajarkan kebebasan mutlak. Bohong besar bila mereka mengatakan hidupnya tanpa keterikatan kepada apapun, Justeru para pengikut syaitan membangun keterikatan kepada hawa nafsunya. Hawa nafsunya yang telah ia relakan untuk dikuasai dan disetir oleh kemahuan syaitan terkutuk.
ومن يكن الشيطان له قرينا فساء قرينا
"Barang siapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya." (QS An-Nisa 38)


Diterjemah dari : Eramuslim.com 



2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik